Pages

Thursday 1 December 2011

Memoir of Atuk:Osman Bin Abas (23/11/1927-27/11/2011)


Tanggal 27hb November 2011, bersamaan 1 Muharram, perginya seorang suami, bapa, datuk , moyang yang amat mama sayangi..Gambar ini pakcu yang ambil semasa menyambut Hari Raya Aidiladha yang lalu.Hiba,sedih,kesal,terkilan, segala macam perasaan yang bercampur baur menghantui diri mama.'Atuk yang' telah pergi meninggalkan kita sekeluarga,menghadap pencipta kita,Allah s.w.t.Ya, sayang...semua yang hidup pasti akan pergi jua.Mama bersyukur kerana Allah memudahkan pemergian 'atuk yang', di saat malaikat Izrail menarik nyawa yang dipinjamkan oleh Allah selama 84 tahun 'atuk yang' di dunia ini.Mama terkilan sangat kerana kita sekeluarga (mama,Husna & Hayyan, papa tidak dapat ikut kerana bekerja) telah tiba di Melaka,sehari sebelum atuk pergi..Namun, dek kerana waktu yang sudah lewat & situasi kamu yang sedang demam, nenek menasihati mama untuk membawa kamu semua pulang ke rumah .Esoknya, seawal 6 pagi, kita semua sudah bangun & awal-awal juga mama beritahu kakak,Husna, yang kita akan melawat 'atuk yang'. Dalam kita bercerita tentang 'atuk yang', tepat 7.20 pagi, kita mendapat panggilan dari atuk yang menyampaikan berita sedih ini.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mama redha dengan pemergian 'atuk yang',moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Pesan mama buat kamu,Husna & Hayyan, panjatkanlah doa setiap kali kamu solat& bacalah Yasin buat 'atuk yang', hadiah kasih sayang kamu buat arwah.

Al-Fatihah buat atuk yang mama sayang sentiasa.

1 comment: