Pages

Thursday 1 December 2011

Memoir of Atuk:Osman Bin Abas (23/11/1927-27/11/2011)


Tanggal 27hb November 2011, bersamaan 1 Muharram, perginya seorang suami, bapa, datuk , moyang yang amat mama sayangi..Gambar ini pakcu yang ambil semasa menyambut Hari Raya Aidiladha yang lalu.Hiba,sedih,kesal,terkilan, segala macam perasaan yang bercampur baur menghantui diri mama.'Atuk yang' telah pergi meninggalkan kita sekeluarga,menghadap pencipta kita,Allah s.w.t.Ya, sayang...semua yang hidup pasti akan pergi jua.Mama bersyukur kerana Allah memudahkan pemergian 'atuk yang', di saat malaikat Izrail menarik nyawa yang dipinjamkan oleh Allah selama 84 tahun 'atuk yang' di dunia ini.Mama terkilan sangat kerana kita sekeluarga (mama,Husna & Hayyan, papa tidak dapat ikut kerana bekerja) telah tiba di Melaka,sehari sebelum atuk pergi..Namun, dek kerana waktu yang sudah lewat & situasi kamu yang sedang demam, nenek menasihati mama untuk membawa kamu semua pulang ke rumah .Esoknya, seawal 6 pagi, kita semua sudah bangun & awal-awal juga mama beritahu kakak,Husna, yang kita akan melawat 'atuk yang'. Dalam kita bercerita tentang 'atuk yang', tepat 7.20 pagi, kita mendapat panggilan dari atuk yang menyampaikan berita sedih ini.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mama redha dengan pemergian 'atuk yang',moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Pesan mama buat kamu,Husna & Hayyan, panjatkanlah doa setiap kali kamu solat& bacalah Yasin buat 'atuk yang', hadiah kasih sayang kamu buat arwah.

Al-Fatihah buat atuk yang mama sayang sentiasa.

Monday 21 November 2011

Our 'sweating' activity:Bukit Cerakah Shah Alam



4 Season House-Winter

Sebenarnya,mama yang over excited  sebab sudah 3 tahun mama tak menjejakkan kaki ke Bukit Cerakah. Aktiviti biasa mama buat bila di Bukit Cerakah samada cycling or horse riding. Dua aktiviti yang mama paling suka. 


But now, sudah ada paintball area & untuk lebih 'adventure' ada 'Skytrex'.Apapun, this time is for you both where Im going to introduce you to the environment of Bukit Cerakah as there's so many trees here, nice & calm surroundings, got animal farm(rabbit,deer etc), cultural village, four season house & lots more.


Pukul 9.00 pagi kita sekeluarga sudah tiba di Taman Rekreasi ini yang mana ianya dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.Tiket masuk pun murah,RM3 untuk dewasa.If you decide to choose cycling instead of using their bus service, the cost for 1 bicycle is RM5 to RM6,depending on the condition of the bicycle itself.Papa awal-awal dari pintu masuk sudah decide hendak ke Rumah 4 Musim since now is winter time.Harga tiket Rumah 4 Musim ialah RM3 juga.Perkhidmatan bas di sini boleh dikatakan baik,setiap  20 minit, di pintu masuk ada kedai dengan pelbagai hidangan pagi juga tengahari.


At the entrance
Di dalam Taman juga terdapat kiosk-kiosk menjual minuman dan makanan ringan. Mama? Seperti biasa, mama pasti bawa bekalan makanan dari rumah.Mama sudah prepare sandwich ayam dengan mayonis.Simple tapi kenyang.Berapa bintang nak bagi untuk Bukit Cerakah? 


Mama bagi 3 setengah bintang.1) Beautiful scenery,2) Feel so harmony 3) Sebab anak-anak mama happy, Banyak lagi yang boleh kerajaan Selangor perbaiki dan tingkatkan seperti kemudahan sedia ada ('signboard yang sudah rosak/lama), keadaan taman rempah ratus, pondok-pondok rehat, tandas dan sebagainya.Namun, thumbs up buat Bukit Cerakah sebab perbezaan selepas 3 tahun tidak menjejaki di Taman ini, yang paling ketara adalah bilangan pengunjung. Ramai sangat..mungkin Tarikan Paintball atau Skytrex..



Apapun next time i will come again to try 'Skytrex'.Ok darling,enjoy our picture there!!

Saturday 19 November 2011

Swimming Pool Now at Our House

Seronok anak2 mama bila papa belikan swimming pool plastik.Beli kat mana?Mestilah di Tesco (Setia Alam),dekat dengan rumah kita.Tak mahal lah sayang..Lagipun, mama fikir bagus juga ada satu kat rumah, in case mama tak bawa anak2 mama keluar ,anak2 mama boleh buat aktiviti main air di rumah.Dapat juga mama basuh kereta dengan senang hati sebab anak2 mama tak main sabun cuci kereta lagi..Hari ni mama nak basuh kereta so awal2 mama  beritahu Husna & Hayyan if jadi good girl & boy, pukul 5 boleh mandi kolam.Bila Husna tengok mama prepare pool,isi air,bawa mainan letak dalam pool, semua dah tak sabar nak mandi.Nasib baik kolam tu kecil,teringin pula mama nak join anak2 mama mandi.Opss..Fokus please! Tujuan asal mama adalah cuci kereta dengan senang hati..Anak2 mama gembira mandi, mama pun gembira basuh kereta.

Friday 18 November 2011

My words to you

Alhamdulillah...lama sangat mama teringin nak create a blog for my precious children..since husna inside mama's tummy.Today,will be the opening for mama's story for both of you,Husna & Hayyan through this special blog.I will share everything happen between us along my journey, raising you both. Our happy, sad, exciting,adventure u name it, i will do my best to put it here..Because i love you so much..I feel so proud to be your mother & insya Allah, i want to be a great mother,good listener,good example to both of you.Nothing will change my love for you..Insya Allah.Ok sayang mama.need to stop here as mama perlu kerja esok.Both of you dah tido lama..mesti dah jauh bermimpi..Mimpi yang indah ye sayang!Love you..MuahsXoXo!!